Berita Viral
Aksi 'heroic' penghantar makanan selamatkan budak di kejar anjing liar
KUALA LUMPUR 13 OKTOBER - Detik cemas di sebuah kawasan perumahan akhirnya bernoktah lega apabila seorang penghantar makanan muncul sebagai penyelamat dalam satu insiden berdepan bahaya semalam.
Kejadian yang merakamkan detik mendebarkan itu tular di media sosial selepas dikongsikan oleh seorang pengguna, nurulsyazwani.razali, memaparkan anak kecilnya hampir menjadi mangsa gigitan anjing liar ketika sedang dalam perjalanan ke kelas mengaji.
Berdasarkan paparan kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 12 Oktober 2026 jam lebih kurang 7.48 malam itu, suasana damai di kejiranan terbabit tiba-tiba dicemasi dengan jeritan ketakutan sebelum kelibat seekor anjing muncul mengejar kanak-kanak berkenaan di hadapan sebuah kediaman.
Bagaimanapun, tindakan pantas seorang pemuda p-hailing yang kebetulan menghantar makanan berjaya meredakan keadaan, sekali gus mengelakkan kejadian lebih buruk daripada menimpa mangsa yang terjatuh akibat ketakutan.
Ibu kepada kanak-kanak terbabit meluahkan rasa syukur tidak berbelah bahagi di atas keprihatinan dan keberanian individu tidak dikenali itu yang lekas bertindak menyelamatkan zuriat kesayangannya.
"Anak nak g mengaji pon tak aman, bersepah anjing liar masuk taman. Terima kasih abang food panda tolong anak saya terjatuh kena kejar anjing tuu, terima kasih sangat-sangat," demikian coretan penuh emosi yang dimuat naik menerusi hantaran tersebut.
Insiden berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya memuji ketangkasan pemuda terbabit selain mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera bagi membendung isu haiwan terbiar yang semakin membimbangkan di kawasan perumahan.
Berita berkaitan
October 13, 2026, 10:41 am
Ibu meraung lihat anak kaku atas jalan raya di Tol Batu 9 Cheras-Kajang
October 13, 2026, 9:36 am
'Bila sampai tak kenal', aktivis cari samseng 'roro' cabar orang Melayu di Ampang
October 12, 2026, 10:45 am
Pelancong Malaysia berang kena 'sidai' 2 jam dengan peniaga Indonesia di Batam
October 9, 2026, 9:42 am
Jerebu tebal selubungi tol Pantai Dalam, jarak penglihatan terjejas pagi ini
October 9, 2026, 1:20 am
'Penyambung jalan macam dah longgar', pemandu gesa pihak berwajib segera baiki jalan lubang
October 8, 2026, 2:55 pm
Insiden rempuhan motosikal, MBPP digesa tegas atasi isu kerusi meja di kaki jalan Pulau Pinang
October 8, 2026, 12:25 pm
'Bagai masuk alam bunian', Rapid KL berseloroh 'next station' MRT di Gunung Jerai
October 8, 2026, 11:30 am
