Berita Viral
Terbang 12 jam demi sesuap nasi, pemuda Malaysia redha disembur pemadam api oleh majikan di Korea Selatan
KUALA LUMPUR 27 OKTOBER — Impian memburu rezeki di negara orang demi mengubah nasib keluarga bertukar menjadi mimpi ngeri apabila sekumpulan anak muda Malaysia dilaporkan berdepan layanan buruk di Korea Selatan.
Perjalanan memakan masa selama 12 jam itu seolah-olah tidak membawa sebarang erti apabila ketibaan mereka di bumi asing disambut dengan episod duka.
Tidak diberi panduan atau tunjuk ajar yang sewajarnya, mereka sebaliknya diperlakukan ibarat haiwan apabila didakwa dikejutkan semburan alat pemadam api secara melulu tanpa belas kasihan.
Menurut perkongsian tular yang dimuat naik seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Asrul Jamat, insiden mengejutkan itu berlaku sebelum tugasan harian bermula, malah kesempatan untuk mengisi perut lewat sarapan pagi turut dinafikan meskipun tempoh masa untuk melaporkan diri masih awal sejam.
"Muka baru bangun dengan taik mata belum buang, acah-acah nak 'vibe' pagi sekali kena kau pemadam api, drama-drama Korea bukan acah-acah lagi terpaling drama, sekali kena batang hidung nahhh menangis la kau.
"Bukan hari pertama kerja ya, ini belum kerja lagi, mau sarapan pun tidak sempat, padahal waktu kerja masih awal satu jam," jelas paparan kisah tersebut yang menggambarkan betapa peritnya realiti terpaksa ditelan perantau tempatan.
Kejadian terbabit turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di media sosial yang mengecam tindakan biadap majikan terbabit yang dianggap langsung tidak menghormati hak asasi serta maruah pekerja asing.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati serta membuat semakan menyeluruh mengenai agensi pekerjaan mahupun majikan luar negara sebelum bernekad melangkah keluar demi mencari sumber pendapatan di ambang globalisasi ini.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 4:10 pm
'Memang minta kena viral', pemandu Hilux didakwa sengaja pasang bendera Malaysia terbalik
October 28, 2026, 3:22 pm
'Tak tahu lari dari apa', lelaki dipercayai maut lepas lintas jalan raya terburu-buru di Johor
October 28, 2026, 9:43 am
Kaunter tol dirempuh lori, staf MEX terpaksa kerja keras kira duit tepi jalan
October 27, 2026, 10:17 pm
Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
October 22, 2026, 11:07 am
Pemandu pandu terhuyung-hayang jadi punca kemalangan pengguna jalan raya lain
October 22, 2026, 9:45 am
Ahli Parlimen Sabak Bernam cakap Bahasa Jawa untuk kirim pesanan pada Prabowo tentang isu jerebu
October 21, 2026, 1:49 pm
Suami isteri tular didakwa kasari anak dalam lif
October 19, 2026, 5:42 pm
Kematian dicemburui, jemaah meninggal dunia semasa sujud di masjid Muar
October 19, 2026, 4:53 pm
