TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Memang minta kena viral', pemandu Hilux didakwa sengaja pasang bendera Malaysia terbalik

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 28 OKTOBER - Kesetiaan pada tanah air dicabar apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) pacuan empat roda jenis Toyota Hilux tular di media sosial selepas didakwa dengan sengaja mempamerkan bendera Malaysia dalam keadaan terbalik. 

Tindakan biadab itu segera mencetuskan rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan warganet yang mengecam sekeras-kerasnya sikap pemilik kenderaan itu kerana dianggap langsung tidak menghormati lambang kedaulatan negara.

Rakaman berdurasi pendek yang dikongsikan oleh admnfll itu memaparkan dengan jelas lambang Jalur Gemilang yang diletakkan pada bahagian belakang badan kenderaan berkenaan berada dalam kedudukan terbalik dengan jalur merah di bahagian atas dan bintang pecah serta bulan sabit di bawah. 

Perbuatan itu bukan sahaja mengundang kecaman, malah membangkitkan persoalan sama ada ia dilakukan secara sengaja demi meraih perhatian atau akibat kecuaian yang tidak boleh dimaafkan.

Mengulas dari sudut perundangan, perbuatan mempamerkan lambang kebesaran negara secara salah bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh oleh pihak berkuasa. 

Di Malaysia, individu yang didapati dengan sengaja memasang atau mengibarkan bendera negara secara terbalik boleh berdepan tindakan undang-undang yang tegas di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda.

Selain itu, pesalah turut berisiko disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 jika perkongsian bahan tersebut mencetuskan keresahan awam di alam maya.

+ - reset