Berita Viral
Pemandu lori jadi saksi mat rempit jatuh tersungkur lepas seronok berlumba
KUALA LUMPUR 19 OKTOBER - Kegelapan malam di lebuh raya sekali lagi dicemari dengan adegan cemas apabila deretan motosikal yang berlumba sesama sendiri berakhir dengan tragedi.
Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, insiden itu merakamkan detik-detik mendebarkan dari sudut pandang seorang pemandu kenderaan berat yang merentasi laluan berkenaan.
Suasana lebuh raya yang sunyi pada mulanya bertukar riuh dengan bunyi enjin motosikal yang ditekan secara agresif oleh sekumpulan individu
dipercayai terlibat dalam aktiviti lumba haram.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila beberapa buah kenderaan di atas jalan raya terpaksa merendahkan kelajuan akibat halangan daripada aksi berbahaya golongan tersebut, sebelum tercetusnya kemalangan tragis di hadapan mata pengamal media dan pengguna jalan raya lain.
Rakaman itu turut memaparkan sebuah motosikal terbabas dan penunggangnya tersungkur di atas tar, sementara serpihan komponen kenderaan bertaburan di lorong laluan.
Keadaan panik jelas kelihatan apabila beberapa individu lain berlari bergelimpangan di tengah lebuh raya cuba membantu rakan mereka yang tumpas di atas jalan raya.
Seorang saksi di lokasi kejadian meluahkan rasa kesal yang mendalam terhadap sikap golongan muda yang pertaruhkan nyawa demi keseronokan sementara.
"Telah tiba, suatu saat kau tinggalkan kami... Pastu japgi ada yang cakap 'hobi kami mahal'," ujar satu hantaran yang dimuat naik di platform maya berserta rakaman insiden tersebut.
Tragedi ini sekali lagi membuka mata masyarakat tentang bahaya serta implikasi buruk budaya merempit yang bukan sahaja mengancam keselamatan diri sendiri, malah turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Pihak berkuasa diharap terus memperhebatkan operasi bagi membanteras kegiatan lumba haram demi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban sia-sia di atas jalan raya.
Berita berkaitan
October 19, 2026, 5:42 pm
Kematian dicemburui, jemaah meninggal dunia semasa sujud di masjid Muar
October 19, 2026, 10:18 am
Pemandu dakwa jadi mangsa buli kereta 'femes' Porsche hitam di Puchong
October 16, 2026, 4:33 pm
'Hanya sebab kerusi roda', pemandu e-hailing didakwa diskriminasi penumpang OKU
October 16, 2026, 3:16 pm
'Alam sebalik mata', penempatan haram belakang kawasan TNB di Pandan Mewah
October 16, 2026, 12:24 pm
'Adakah ini biasa', pempengaruh 'skateboard' Jepun terkejut kemalangan berlaku depan mata di Sabah
October 16, 2026, 11:03 am
Polis kejar pasangan kekasih sejam lepas lari dari pemeriksaan di Melaka
October 15, 2026, 8:05 pm
Tutup muka pakai rambut, wanita Vietnam dipercayai curi parcel di Seri Kembangan
October 15, 2026, 3:15 pm
