Berita Viral
Pemandu pandu terhuyung-hayang jadi punca kemalangan pengguna jalan raya lain
KUALA LUMPUR 22 OKTOBER - Suasana jalan raya yang sunyi tiba-tiba berubah cemas yang meruntun jiwa apabila sebuah kenderaan sedan berwarna merah dilihat memandu secara terhuyung-hayang, mencetuskan ketakutan kepada pengguna jalan raya lain.
Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, kenderaan itu kelihatan gagal dikawal dengan baik oleh pemandunya sewaktu menggunankan laluan berkenaan.
Tindakan individu itu yang memandu dalam keadaan mencurigakan bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain apabila kenderaan itu nyaris terbabas beberapa kali sebelum merempuh bahu jalan.
Paparannya jelas merakamkan saat-saat ketika kereta terbabit melanggar kenderaan lain sebelum hilang kawalan sepenuhnya dan menghempap kawasan berhampiran.
Jeritan ketakutan saksi yang merekodkan kejadian itu turut menggambarkan betapa situasi tersebut mencemaskan, bagaikan menanti sebuah malapetaka besar berlaku di depan mata.
Sehingga kini, butiran lanjut mengenai tahap kecederaan individu di dalam kenderaan terbabit serta lokasi sebenar kejadian masih belum diumumkan secara rasmi pihak berkuasa, namun klip insiden itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap pemandu cuai.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 9:45 am
Ahli Parlimen Sabak Bernam cakap Bahasa Jawa untuk kirim pesanan pada Prabowo tentang isu jerebu
October 21, 2026, 1:49 pm
Suami isteri tular didakwa kasari anak dalam lif
October 19, 2026, 5:42 pm
Kematian dicemburui, jemaah meninggal dunia semasa sujud di masjid Muar
October 19, 2026, 4:53 pm
Pemandu lori jadi saksi mat rempit jatuh tersungkur lepas seronok berlumba
October 19, 2026, 10:18 am
Pemandu dakwa jadi mangsa buli kereta 'femes' Porsche hitam di Puchong
October 16, 2026, 4:33 pm
'Hanya sebab kerusi roda', pemandu e-hailing didakwa diskriminasi penumpang OKU
October 16, 2026, 3:16 pm
'Alam sebalik mata', penempatan haram belakang kawasan TNB di Pandan Mewah
October 16, 2026, 12:24 pm
