TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Lelaki hisap rokok, cabut pelekat tabung dalam masjid dipercayai OKU mental di Kelantan

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 29 OKTOBER - Ketenangan sebuah rumah ibadah terjejas apabila sebuah rakaman litar tertutup (CCTV) membongkar tindakan biadab seorang individu yang sanggup merokok di dalam dewan solat utama, sebelum dipercayai memadamkan bahan tembakau itu di atas meja kuliah imam.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Masjid Ayesha, Kok Lanas. 

Insiden yang berlaku pada waktu pagi menjelang fajar itu mencetuskan pelbagai tanda tanya mengenai motif sebenar pelaku.

Terdahulu, klip video berdurasi seminit itu tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi orang ramai. 

Rata-rata warganet meluahkan rasa geram serta mengecam perbuatan biadab itu yang dianggap mencemari kesucian tempat suci umat Islam. 

Ada juga yang menyangka insiden itu didorong oleh perasaan tidak puas hati terhadap peraturan keselamatan atau teguran pihak pengurusan sebelum ini.

Bagaimanapun, teka-teki mengenai tingkah laku pelik itu akhirnya terjawab susulan penjelasan rasmi daripada waris terdekat. 

Pihak ahli keluarga telah hadir menemui pengurusan surau berkenaan bagi menjernihkan keadaan, di samping mengemukakan bukti sahih bahawa individu terbabit sebenarnya menghadapi masalah kesihatan mental sejak sekian lama.

"Ahli keluarga pergi jumpa pihak masjid jelaskan anak mereka memang ada penyakit mental. Ditunjuk kad OKU mental dan rekod kesihatan hospital," demikian penjelasan yang diperoleh pihak pengurusan selepas waris merujuk dokumen perubatan rasmi.

Menurut wakil keluarga, lelaki itu memerlukan rawatan serta pemantauan ubat-ubatan secara berterusan sepanjang tahun akibat masalah kesihatan yang dialaminya. 

+ - reset