TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Lelaki kemalangan disyaki kesan pengaruh 'piu-piu'

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 2 NOVEMBER - Suasana tenang di sebuah laluan utama bertukar cemas apabila seorang penunggang motosikal bertindak di luar kawalan sebelum terbabas ke dalam parit dalam satu kejadian pelik yang tular di media sosial. 

Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan warganet, mangsa yang lengkap berjaket serta memakai topi keledar ungu kelihatan merangkak keluar dari kawasan longkang di tepi jalan dengan keadaan fizikal yang mencurigakan. 

Tindakan-tandukan individu terbabit yang terkinja-kinja dan terbaring di tengah jalan raya nyata mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna kenderaan lain yang terpaksa memperlahankan kenderaan bagi mengelak sebarang musibah lebih berat.   

Pemerhati trafik serta orang ramai yang menyaksikan klip berkenaan mula melontarkan spekulasi bahawa tingkah laku tidak siuman itu disyaki kuat tercetus akibat pengaruh bahan terlarang atau khayalan melampau yang kerap diistilahkan sebagai 'piu-piu'. 

Keadaan mangsa yang gagal mengawal imbangan badan ketika merangkak di atas jalan tar jelas membahayakan keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Sehubungan dengan penularan klip video berkenaan, pihak berkuasa diharap dapat segera memburu individu serta mengesan lokasi sebenar kejadian bagi menjalankan siasatan terperinci. 

Masyarakat umum turut dinasihatkan agar tidak mengambil mudah isu penyalahgunaan bahan terlarang yang bukan sahaja merosakkan kesihatan mental malah mengancam nyawa orang awam.

 

+ - reset