Berita Sukan
Kerajaan belanja RM70 juta anjur F1 GP Bahrain di Sepang, jana impak ekonomi hampir RM950 juta
KUALA LUMPUR, 12 Nov. – Kerajaan membelanjakan sebanyak RM70 juta bagi menganjurkan perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Bahrain Gulf Air di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan lalu, yang berjaya menjana impak ekonomi hampir RM950 juta kepada negara.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, peruntukan berkenaan merangkumi kos penyelenggaraan litar serta operasi SIC, manakala baki perbelanjaan penganjuran ditanggung oleh pihak Bahrain.
Menerusi jawapan bertulis di Parlimen semalam, beliau memaklumkan bahawa kos keseluruhan penganjuran perlumbaan tersebut di Malaysia dianggarkan berjumlah RM350 juta, termasuk yuran hak penganjuran dan persiapan litar.
Berdasarkan maklumat daripada Formula One Management (FOM), pulangan impak ekonomi bernilai hampir RM950 juta itu merangkumi sektor hospitaliti, pelancongan, penerbangan antarabangsa, pengangkutan, barangan dan perkhidmatan, makanan dan minuman, operasi litar, serta program Litar Rasa Madani.
Beliau turut menjelaskan bahawa angka terperinci berhubung pulangan tersebut akan dibentangkan dalam laporan kajian impak ekonomi yang sedang disediakan oleh firma perunding lantikan SIC.
Selain pulangan kewangan, penganjuran perlumbaan berprestij itu turut mewujudkan kira-kira 7,300 peluang pekerjaan merangkumi 6,167 pekerjaan dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan pengunjung, 757 dalam operasi perlumbaan serta infrastruktur, manakala 376 lagi melibatkan pasukan perlumbaan, penaja, dan operasi F1. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 9, 2026, 11:27 am
'Tak hormat pasukan lawan', Pan-gon mahu MFL siasat Nazmi Faiz
November 5, 2026, 10:13 pm
Tiada lagi nombor 7, Ronaldo umum persaraan bersama Portugal
November 4, 2026, 9:51 am
Pemain Sepanyol meninggal dunia lepas dirempuh penjaga gol lawan
November 2, 2026, 9:41 am
Tujuh pemain warisan kekal status rakyat Malaysia selepas tamat hukuman FIFA
November 1, 2026, 7:12 pm
Tujuh pemain warisan layak beraksi mulai hari ini - MFL
November 1, 2026, 6:50 pm
Marc Marquez tawan Sepang
November 1, 2026, 10:06 am
Azman Adnan dilantik sebagai Pengarah Teknikal KL City baharu
October 31, 2026, 2:48 pm
JDT terus melangkah jauh, lancar dokumentari ‘UNTAMED’ di JDT+
October 29, 2026, 8:50 am
