Berita Sukan
Tujuh pemain warisan kekal status rakyat Malaysia selepas tamat hukuman FIFA
PETALING JAYA, 2 Nov. – Status tujuh pemain warisan kekal sebagai warganegara Malaysia selepas tempoh penggantungan selama 12 bulan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berakhir semalam.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan perkara terbabit serta memaklumkan bahawa penjelasan mendalam mengenai kedudukan mereka telah disampaikan kepada semua wakil kelab Liga Malaysia (Liga M) semasa sesi perbincangan meja bulat pada April lalu.
Kenyataan itu disokong oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd bagi menepis sebarang kekeliruan berhubung status kerakyatan kesemua pemain terbabit.
Isu berkenaan kembali hangat susulan penularan surat MFL di media sosial yang mengesahkan tujuh pemain terbabit iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Hevel dibenarkan kembali beraksi bermula 1 November 2026 selepas menjalani hukuman berkaitan kes pemalsuan dokumen tahun lalu.
Tamatnya penggantungan terbabit membolehkan pemain seperti Irazabal, Figueiredo dan Hevel kembali memperkuat Johor Darul Ta’zim (JDT), manakala Holgado dikaitkan dengan DPMM FC, namun kebenaran beraksi di peringkat kelab tidak secara automatik melayakkan mereka mewakili skuad kebangsaan kerana masih tertakluk kepada keputusan kelulusan FIFA. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 1, 2026, 7:12 pm
Tujuh pemain warisan layak beraksi mulai hari ini - MFL
November 1, 2026, 6:50 pm
Marc Marquez tawan Sepang
November 1, 2026, 10:06 am
Azman Adnan dilantik sebagai Pengarah Teknikal KL City baharu
October 31, 2026, 2:48 pm
JDT terus melangkah jauh, lancar dokumentari ‘UNTAMED’ di JDT+
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
