TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 29 Okt. – Status kecederaan penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Bergson Da Silva mencetuskan kebimbangan skuad kebangsaan menjelang dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada bulan depan.

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan mengalami kecederaan sewaktu menewaskan Port FC 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

Dalam perlawanan terbabit, pemain kelahiran Brazil itu diturunkan sebagai pemain gantian pada babak kedua dan menyumbang gol kedua menerusi tandukan pada minit ke-62 sebelum terpaksa dikeluarkan semula.

Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz mengesahkan kecederaan terbabit dan memaklumkan bahawa kelab sedang menanti laporan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) bagi mengenalpasti tahap kecederaan sebenar.

Perkembangan terbaharu ini menimbulkan ketidakpastian sama ada Bergson sempat pulih untuk menyertai kem latihan Harimau Malaya bagi aksi persahabatan Tier 1 menentang China pada 14 November dan Yaman pada 17 November ini. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset