Berita Sukan
JDT terus melangkah jauh, lancar dokumentari ‘UNTAMED’ di JDT+
KUALA LUMPUR 31 OKTOBER – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melakar penanda aras baharu apabila melancarkan filem dokumentari sulung mereka berjudul ‘UNTAMED’ berserta platform penstriman rasmi, JDT+.
Dokumentari berdurasi 76 minit itu menawarkan akses eksklusif kepada penyokong meninjau realiti di sebalik tabir empayar Southern Tigers, merangkumi bilik persalinan, padang latihan, serta tekanan dan kontroversi yang membentuk DNA kejuaraan kelab tersebut.
Ia turut mengetengahkan perspektif peribadi Pemangku Sultan Johor selaku pemilik JDT, di samping pandangan daripada barisan pengurusan tertinggi, figura bola sepak, pemain tonggak seperti Arif Aiman dan Bergson da Silva, serta personaliti luar termasuk Khairy Jamaluddin dan Joe Flizzow.
Seiring dengan pelancaran tersebut, platform penstriman JDT+ diwujudkan sebagai hab kandungan premium rasmi bagi membolehkan peminat menikmati pelbagai dokumentari serta siri original luar aksi 90 minit perlawanan.
Selepas ‘UNTAMED’, platform itu dijadualkan menyiarkan siri dokumentari ‘OUTBOUND’ bermula November ini bagi merakam cabaran JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Elit AFC.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia, inisiatif ini merupakan strategi jangka panjang untuk memperkukuh kedudukan Southern Tigers sebagai jenama sukan antarabangsa yang berdaya saing.
Peminat yang ingin mendapatkan akses penuh kepada kesemua kandungan eksklusif ini boleh melanggan Season Pass JDT+ menerusi laman web rasmi dengan bayaran sebanyak RM69 bagi musim 2026/27.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
