Berita Sukan
FAM lantik Bojan Hodak sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya
KUALA LUMPUR, 24 Nov. – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan Bojan Hodak sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan Harimau Malaya yang baharu.
Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pemilihan jurulatih kelahiran Zagreb, Croatia berusia 55 tahun itu dibuat setelah mengambil kira pengalaman luas, kemampuan serta rekod pencapaiannya membimbing beberapa kelab di Malaysia dan Indonesia.
Menurutnya dalam satu kenyataan, pengalaman Hodak dalam bola sepak tempatan dan rantau Asia Tenggara menjadi kelebihan penting dalam memahami persekitaran serta potensi pemain negara bagi memberikan hala tuju baharu kepada skuad kebangsaan.
Hodak sebelum ini pernah membimbing beberapa kelab tempatan termasuk UPB-MyTeam, Kelantan yang menyaksikan beliau meraih kejuaraan trebel pada tahun 2012, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan kejuaraan Liga Super 2014, serta Kuala Lumpur City FC menerusi kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2021 dan muncul naib juara Piala AFC 2022.
Di peringkat antarabangsa, beliau pernah mengendalikan skuad Malaysia Bawah 19 Tahun dari tahun 2017 hingga 2019 dan berjaya menjuarai Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Surabaya, Indonesia, selain melatih kelab Kemboja, Phnom Penh Crown serta dua kelab Indonesia iaitu PSM Makassar dan terbaharu Persib Bandung dengan rekod meraih tiga kejuaraan liga.
Dalam pada itu, Ab Ghani merakamkan penghargaan kepada Tan Cheng Hoe atas khidmatnya sebagai ketua jurulatih interim sejak 16 Jun lalu bagi menggantikan Peter Cklamovski yang ditamatkan kontrak secara persetujuan bersama.
Jelas beliau, Cheng Hoe akan meneruskan khidmat bersama FAM dengan menggalas tanggungjawab baharu sebagai Pengarah Pasukan Harimau Malaya bagi membantu memperkukuh pengurusan serta hala tuju pembangunan pasukan kebangsaan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 18, 2026, 8:20 am
Pemain Palestin cetus kontroversi, buat isyarat 'bau busuk' depan kapten India
November 12, 2026, 10:54 am
Kerajaan belanja RM70 juta anjur F1 GP Bahrain di Sepang, jana impak ekonomi hampir RM950 juta
November 9, 2026, 11:27 am
'Tak hormat pasukan lawan', Pan-gon mahu MFL siasat Nazmi Faiz
November 5, 2026, 10:13 pm
Tiada lagi nombor 7, Ronaldo umum persaraan bersama Portugal
November 4, 2026, 9:51 am
Pemain Sepanyol meninggal dunia lepas dirempuh penjaga gol lawan
November 2, 2026, 9:41 am
Tujuh pemain warisan kekal status rakyat Malaysia selepas tamat hukuman FIFA
November 1, 2026, 7:12 pm
Tujuh pemain warisan layak beraksi mulai hari ini - MFL
November 1, 2026, 6:50 pm
Marc Marquez tawan Sepang
November 1, 2026, 10:06 am
