Berita Hiburan
Ernie Zakri tempah nama di Indonesia, tewaskan Rossa, Afgan
KUALA LUMPUR 21 Nov – Penyanyi, Ernie Zakri menempa nama di Indonesia apabila dinobatkan sebagai pemenang Soundtrack Sinetron Paling Ngetop, di SCTV Awards 2024 semalam.
Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, membawa pulang trofi kemenangan pertamanya dari negara jiran menerusi lagu ‘Masing Masing’.
Lagu itu menjadi runut bunyi drama Luka Cinta tayangan syarikat penyiaran itu pada September lalu.
“Assalamualaikum, selamat pagi, Alhamdulillah. Lagu ‘Masing Masing’ mendapat anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop untuk drama Luka Cinta di SCTV.
“Datang sini untuk nyanyi sahaja, tidak sangka dapat bawa pulang kenangan terindah ini,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Sementara itu, Ernie turut mendedikasikan kemenangan tersebut kepada komposer lagu tersebut, Ade Govinda dan peminat yang menyokongnya selama ini.
“Terima kasih Ade Govinda untuk karya ini dan pihak Universal Music Malaysia dan Indonesia.
“Terima kasih kepada pasukan saya yang datang dari Malaysia untuk menyiapkan saya dan peminat kerana memberikan sokongan sepanjang tahun ini.
“Juga, terima kasih kepada peminat lagu Masing Masing, kerana anda, saya sampai di sini. Sayang semua,” tambahnya.
Kemenangan Ernie telah mengenepikan calon lain dari kategori sama iaitu lagu Cinta Pertama dan Terakhirku nyanyian Sherina Munif (My Heart), Kehilanganmu – Shanna Shannon (Naik Ranjang), Ku Dengannya Kau Dengan Dia – Afgan (Di Antara Dua Cinta) dan Takkan Terpaling DariMu dendangan Datuk Seri Rossa (Saleha). – Media Telus
Berita berkaitan
March 16, 2026, 10:58 am
Aedy Ashraf ambil risiko besar terbitkan Tarung: Unforgiven
February 4, 2026, 10:52 am
Tarian penonton cetus kontroversi, penganjur Makar Fest XL tampil mohon maaf terbuka
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
Fazura umum bersara daripada drama televisyen tempatan
January 20, 2026, 10:22 am
Brooklyn Beckham putus hubungan dengan keluarga, dakwa membesar dalam pembohongan
January 14, 2026, 2:42 pm
Filem ‘Ozora’ angkat kisah benar penganiayaan David Ozora di Jakarta
December 28, 2025, 4:39 pm
Rasa seperti renjatan elektrik di dada ketika latihan - Remy Ishak
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
