Berita Hiburan
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
KUALA LUMPUR 18 Dis – Pelakon Kamal Adli menegaskan pendiriannya untuk terus mempertahankan rumah tangganya bersama Uqasha Senrose dan tidak akan membuat sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh memakan diri sendiri.
Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli berkata, apa jua yang berlaku sepanjang prosiding permohonan perceraian yang difailkan isterinya hanya akan ditangani mengikut saluran serta prosedur yang sepatutnya.
Menurutnya, beliau memilih untuk mempertahankan perkahwinan mereka melalui jalan yang betul iaitu di mahkamah.
“Hari ini saya cuma dengar apa yang hakim akan cakap (keputusan). Saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku di dalam (kamar).
“Saya akan pertahankan selagi mana mampu, ikut prosedur dan saya tetap berjuang untuk anak. Ruang saya untuk bersuara hanya di mahkamah.
“Untuk berjumpa Uqasha sudah tiada peluang,” katanya ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada pukul 10.15 pagi.
Aktor berusia 39 tahun itu hadir mengenakan sut gelap lengkap bersongkok dan ditemani peguamnya, Abdul Hadi Mohamad Salleh bagi mengikuti prosiding keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Dalam masa sama, Kamal turut meluahkan kegembiraan apabila berpeluang bertemu anaknya, Hawra Uqaira.
“Saya gembira baru dapat jumpa anak beberapa hari lalu,” katanya ringkas.
Sementara itu, isterinya Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, tiba di mahkamah beberapa minit kemudian diiringi peguam syarie, Muhammad Syazmee Sapian.
Pelakon berkenaan yang mengenakan jubah ungu turut ditemani ibunya, Rosmizai Mohd Noor serta adik lelakinya.
“Doakan yang baik-baik,” katanya ringkas kepada media.
Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.
Prosiding pertama kes berkenaan berlangsung pada 22 Oktober 2025, manakala prosiding seterusnya ditetapkan mahkamah hari ini.
Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, kini berusia 19 bulan.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
