Berita Hiburan
(VIDEO) Erra Fazira bakal berkahwin dengan Ezwan Zain pada 12 Disember
KUALA LUMPUR 2 Dis - Pelakon, penyanyi dan hos terkenal, Erra Fazira mengumumkan bahawa beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Ezwan Zain atau ‘Mr E’ pada 12 Disember ini.
TEKAN SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Majlis pernikahan dijadual berlangsung di Shah Alam, Selangor, manakala majlis resepsi pula akan diadakan pada 13 Disember sebagai meraikan pasangan berkenaan.
Pengumuman itu dibuat Erra sebentar tadi ketika majlis pelancaran video muzik Cinta Abadi, iaitu lagu tema perkahwinan mereka.
“Iya, insya-Allah kami akan menikah pada 12 Disember ini yang bagi saya ia tarikh keramat. Doakan agar ini menjadi pernikahan yang berkat buat kami berdua,” ujar Erra dalam nada sebak.
Perkahwinan bersama Ezwan, 44, bakal menjadi yang ketiga untuk primadona filem Melayu itu yang kini berusia 51 tahun, selepas lebih sedekad bergelar ibu tunggal.
Terdahulu, Erra pernah berkahwin dengan pelakon dan vokalis KRU, Datuk Yusry Abdul Halim, namun perkahwinan itu berakhir pada 2006.
Beliau kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya sebelum bercerai pada 2014.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
