Berita Berita
Panjang umur, lelaki masih hidup selepas terjatuh dari tingkat 10 PPR di Jinjang
KUALA LUMPUR 28 Mac - Seorang lelaki berusia 25 tahun bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 Flat PPR Sri Aman, Jinjang, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 12.30 tengah hari.
"Kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang terjatuh dari tingkat 10 dan mendarat di atas sebuah kereta yang diparkir.
"Mangsa masih sedar diri dan telah dibawa dengan ambulans ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, beberapa klip video yang tular di media sosial memaparkan lelaki tersebut meronta-ronta kesakitan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10.
Dalam video tersebut, lelaki berkenaan masih bergerak dan sedar walaupun terjatuh di atas sebuah kereta jenis Honda, yang mengalami kerosakan pada bumbungnya.
Ahmad Sukarno berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian tersebut.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
