Berita Berita
Komander agensi ditahan terima rasuah RM5,000 untuk lulus pembekalan
SHAH ALAM 6 Mei– Seorang komander sebuah agensi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi kerana disyaki menerima suapan RM5,000 daripada seorang kontraktor sebagai balasan memperakukan kerja-kerja pembekalan.
Suspek berusia 45 tahun itu diberkas dalam operasi dikenali sebagai Op Perangkap kira-kira jam 11.30 malam di sebuah restoran di Puchong.
Menurut sumber, lelaki tersebut yang telah berkhidmat lebih 15 tahun di agensi berkenaan dipercayai menerima wang berkenaan sebagai ganjaran memperakukan pembekalan kayu bermasak untuk tujuan latihan di jabatan tersebut.
Nilai keseluruhan projek pembekalan itu dianggarkan sebanyak RM50,000 dan merupakan antara projek dilaksanakan pada tahun ini.
“Suspek ditangkap ketika menerima wang berkenaan daripada kontraktor lelaki berusia dalam lingkungan 30-an,” katanya.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Aina Syakinah Aminuddin membenarkan suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
