Berita Berita
Kerajaan tumpu penstrukturan semula pembiayaan kesihatan - Anwar
KUALA LUMPUR 6 Mei - Kerajaan sedang mempertimbangkan langkah menstruktur semula sistem pembiayaan kesihatan negara bagi memastikan kelestariannya dalam jangka panjang, seiring dengan agenda reformasi kesihatan yang digariskan menerusi Kertas Putih Kesihatan.
Langkah itu turut memberi penekanan kepada tadbir urus yang lebih cekap, sistem perolehan yang telus serta pelaksanaan yang berkesan melalui kerjasama strategik antara kementerian terlibat, khususnya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara fokus utama penstrukturan ini adalah penubuhan Dana Kesihatan Nasional sebagai inisiatif pembiayaan alternatif yang lebih mampan bagi mendepani cabaran kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Perkara itu dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-8 yang dipengerusikan beliau pagi tadi, disertai enam menteri Kabinet serta pegawai kanan kerajaan.
"Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan mengenai Hala Tuju dan Inisiatif Transformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan secara berfasa serta cadangan penubuhan Dana Kesihatan Nasional," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
