Berita Berita
Wanita sempat bergaduh dengan suami sebelum maut terjun keluar van di Lebuhraya Kesas
KUALA LUMPUR 8 Mei - Insiden tragis melibatkan seorang wanita yang ditemui maut di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) berhampiran R&R Awan Besar dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang terjun keluar daripada kenderaan selepas bertengkar dengan suaminya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa, berkata siasatan awal mendapati wanita berusia 44 tahun itu bertindak melulu selepas berlaku perselisihan faham ketika dalam perjalanan bersama suaminya.
“Mangsa dikatakan memberitahu suaminya bahawa dia mahu terjun dari kenderaan semasa pertengkaran berlangsung, sebelum benar-benar melakukannya.
"Difahamkan mangsa juga tidak memiliki lesen memandu dan sebelum itu telah terlibat dalam kemalangan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
Susulan kejadian itu, suami mangsa yang berusia 50 tahun telah ditahan di kediamannya di Taman Kinrara, Puchong pada hari sama. Lelaki terbabit kini direman selama empat hari sehingga 10 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan kematian kerana cuai.
Terdahulu, media melaporkan bahawa seorang wanita dilaporkan maut selepas dipercayai dicampak keluar dari sebuah van di Lebuhraya Kesas berhampiran R&R Awan Besar, sekitar jam 2.58 petang kelmarin.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan yang hadir.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian dan motif pertengkaran pasangan tersebut.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
