TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Kakitangan MARA pun masih kena mohon pinjaman guna laluan rasmi' - MARA nafi wujud kuota pinjaman pelajaran untuk anak kakitangan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 Mei - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menolak dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa terdapat kuota khas pinjaman pelajaran untuk anak pegawainya.

Dalam satu kenyataan rasmi, MARA menjelaskan bahawa semua permohonan pinjaman pelajaran perlu dibuat melalui sistem rasmi yang ditetapkan, dan kelayakan adalah berdasarkan kriteria akademik semata-mata.

“Justeru, orang awam dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai atau terpedaya dengan mana-mana pihak lain yang mengeluarkan maklumat tidak tepat mengenai MARA.

“Sebarang kenyataan mengenai apa-apa kemudahan MARA hendaklah dirujuk secara rasmi kepada pihak MARA, laman sesawang rasmi MARA atau media sosial rasmi MARA sahaja,” menurut kenyataan tersebut.

MARA turut menghargai tindakan orang awam yang membuat semakan dan mendapatkan pengesahan terus daripada agensi itu sebelum menyebarkan sebarang maklumat di media sosial.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan penularan video oleh seorang pempengaruh yang mendakwa dirinya menerima tajaan belajar di luar negara kerana merupakan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan anak kepada kakitangan MARA, yang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

+ - reset