Berita Berita
Guru didakwa tikam anak sendiri, diperintah jalani pemeriksaan mental
PASIR MAS 15 Mei - Seorang guru berusia 47 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menikam anak lelakinya yang berusia 11 tahun dalam kejadian di Kampung Banggol Che Dol pada 2 Mei lalu.
Tertuduh, Asrolfandi Ab Suki, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.
Mengikut pertuduhan, Asrolfandi didakwa dengan niat membunuh telah menikam anak kandungnya menggunakan sebilah pisau hingga menyebabkan kecederaan. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8.55 pagi di kediaman mereka di Kampung Banggol Che Dol, Pasir Mas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’iah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Siti Aiysha turut memohon agar tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia, Perak, bagi menjalani pemeriksaan kesihatan mental. Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, media melaporkan mangsa mengalami kecederaan akibat ditikam dua kali di bahagian dada dan perut menggunakan pisau pemotong sayur.
Suspek dilaporkan mempunyai sejarah masalah mental dan menerima rawatan psikiatri sejak tahun 2008. Punca kejadian dipercayai berkait dengan krisis rumah tangga yang sedang dihadapi tertuduh, yang kini dalam proses perceraian dengan isterinya. - Media Telus
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
