Berita Berita
112 warga Bangladesh, Pakistan dan India ditolak masuk ke Malaysia
KUALA LUMPUR 20 Mei – Seramai 112 individu warga Bangladesh, Pakistan dan India ditolak daripada memasuki negara ini semalam selepas gagal mematuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa imigresen.
Menurut kenyataan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), kesemua mereka dikesan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama lebih enam jam, namun tidak hadir ke kaunter pemeriksaan imigresen.
Kesemua mereka adalah sebahagian daripada 300 individu yang diperiksa dalam satu operasi pemantauan berkala oleh Unit Pemantau AKPS di KLIA.
“Hasil pemeriksaan mendapati sebilangan daripada mereka yang telah lama mendarat didapati sengaja tidak pergi ke kaunter imigresen, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap tujuan kedatangan mereka ke negara ini,” kata AKPS dalam kenyataan tersebut.
Kesemua individu terbabit kemudiannya dibawa ke pejabat Unit Pemantau AKPS KLIA untuk siasatan dan pemeriksaan lanjut sebelum keputusan rasmi penolakan kemasukan dikeluarkan.
Meskipun kenyataan tidak memperincikan kesalahan yang dilakukan, AKPS memaklumkan pihaknya akan terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pintu masuk dan kedaulatan sempadan negara sentiasa terpelihara.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
