Berita Berita
Caj RM90 seorang, Imigresen serbu klinik doktor warga Pakistan tak bertauliah
KUALA LUMPUR, 21 Mei – Sebuah klinik yang dipercayai menawarkan perkhidmatan perubatan menggunakan doktor tidak bertauliah dari Pakistan, khususnya kepada warga asing dengan bayaran murah, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu operasi khas pada 19 Mei lalu.
Dalam operasi di dua lokasi di Selangor dan satu di Kuala Lumpur, seorang lelaki Pakistan yang dikenali sebagai ‘Dr. Maleeq’ ditahan kerana disyaki menyamar sebagai doktor dan menjalankan pemeriksaan kesihatan tanpa kelayakan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata klinik terbabit dipercayai beroperasi secara haram selama setahun dan menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada warga asing pada waktu malam dengan caj RM90 seorang, dibayar secara dalam talian.
“Berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi berjaya menahan seorang lelaki Pakistan dipercayai sebagai doktor tidak bertauliah.
“Turut ditahan, tiga wanita Myanmar, seorang wanita Pakistan dan seorang wanita India,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kesemua enam individu, berusia antara 23 hingga 57 tahun, ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen. Semakan mendapati ‘Dr. Maleeq’ telah tinggal lebih masa, manakala seorang wanita Myanmar menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
Seorang lagi wanita Myanmar memiliki kad UNHCR, manakala dua warga asing lain tidak mempunyai sebarang dokumen sah untuk berada di Malaysia.
Kesemua yang ditahan telah dihantar ke Depot Imigresen KLIA untuk siasatan lanjut. Sementara itu, seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Filipina turut diberi notis hadir ke pejabat JIM bagi membantu siasatan.
Zakaria berkata, pihaknya akan terus mengambil tindakan tegas di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terus terpelihara.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
