TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hanya Azam Baki yang berani siasat tauke besar - Anwar

By
|
Kongsi
image

 

JOHOR BAHRU 24 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tan Sri Azam Baki sebagai individu yang tepat untuk menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini berikutan keberaniannya menyiasat golongan tauke besar.

Menurut Anwar, tindakan SPRM di bawah kepimpinan Azam merupakan satu perkembangan baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam agensi penguatkuasaan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat agar terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

“Saya tak nafi teguran, tetapi percayalah melihat kepada perkembangan SPRM sejak puluhan tahun lalu, ini merupakan kali pertama SPRM berani menggeledah tauke-tauke besar. Ini adalah kenyataan.

“Saya boleh ganti (Tan Sri Azam Baki) esok, tetapi saya tidak yakin individu yang baharu itu berani singgung tauke-tauke besar yang miliki wang berbilion.

“Jadi saya mohon rakyat berilah ruang sekejap kepada orang yang telah diamanahkan ini,” katanya ketika merasmikan Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, semalam.

Anwar turut menegaskan bahawa beliau mampu memaafkan ketidakadilan yang menimpanya, namun tidak boleh memaafkan kesalahan yang dilakukan terhadap rakyat Malaysia.

Untuk rekod, Azam Baki telah dilantik semula menerajui SPRM apabila kontraknya disambung bagi tempoh setahun bermula 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026.

+ - reset