Berita Berita
Pekerja binaan maut jatuh dari tingkat 22 di tapak projek
SHAH ALAM, 28 Mei - Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah bangunan dalam pembinaan di Mukim Damansara, Petaling, pagi kelmarin.
Kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 8.35 pagi itu melibatkan seorang pekerja subkontraktor yang ketika itu sedang menjalankan kerja melapis dinding luar bangunan dan berada berseorangan antara tingkat 22 dan 23.
Menurut kenyataan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor, siasatan awal mendapati mangsa tidak memakai abah-abah keselamatan semasa kejadian.
“Pegawai penyiasat JKKP yang dihantar ke lokasi mendapati mangsa sedang melakukan kerja plaster dinding di tempat tinggi tanpa peralatan keselamatan yang mencukupi,” jelas kenyataan itu.
Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan sebelum jenazah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Susulan kejadian, JKKP telah mengeluarkan notis arahan kepada pihak majikan untuk menghentikan serta-merta semua kerja di tempat tinggi di tapak berkenaan, sementara siasatan terperinci dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi mengenal pasti punca kejadian serta pihak yang bertanggungjawab atas kegagalan menyediakan sistem kerja selamat.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
