Berita Berita
Projek RMK13 ditentukan bersama kerajaan pusat dan negeri – Anwar
PENAMPANG 29 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan ditentukan secara bersama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri, bukan secara unilateral.
Menurut Anwar, pendekatan inklusif itu membuktikan komitmen kerajaan Persekutuan untuk memastikan keperluan dan permintaan negeri-negeri, termasuk Sabah, didengar dan diambil kira dalam perancangan pembangunan negara.
“(Projek) RMK13 bukan saya kata tidak berlaku (seperti dahulu), dahulunya ada permintaan yang disaring oleh kementerian-kementerian Persekutuan. Sekarang tidak lagi – permintaan itu dibincangkan secara langsung dalam mesyuarat yang saya pengerusikan sendiri, bersama Ketua Menteri dan menteri-menteri negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; dan Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada Hajiji dan kerajaan negeri Sabah atas kesediaan mereka bekerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
“Hubungan akrab dan saling percaya antara pimpinan pusat dan negeri adalah asas kepada pelaksanaan dasar yang berkesan. Semangat untuk memperkukuh Sabah harus berpaksikan perpaduan dan kesepakatan dalam kerangka negara Persekutuan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak membangkitkan isu-isu yang boleh meretakkan hubungan baik antara kerajaan pusat dan negeri semata-mata untuk meraih kepentingan politik, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.
“Menjelang pilihan raya, ada pimpinan yang pernah memimpin, yang dahulu bersama, kadang-kadang lupa dan mula membangkitkan isu-isu yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap negara. Ini tidak sihat,” ujar beliau. – Media Telus.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
