Berita Berita
Sultan Brunei puji mutu perkhidmatan IJN setaraf antarabangsa
KUALA LUMPUR 5 Jun - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, memuji mutu perkhidmatan dan kepakaran ditawarkan Institut Jantung Negara (IJN) sepanjang menerima rawatan di fasiliti itu minggu lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkongsi perkara itu ketika berucap dalam Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri Enam anjuran Prasarana Malaysia Berhad di sini malam tadi.
Menurut Anwar, Sultan Hassanal Bolkiah menyatakan rasa puas hati terhadap pengalaman sepanjang dirawat di IJN, bahkan menyifatkan kemudahan dan kepakaran di situ setaraf dengan pusat perubatan bertaraf dunia.
“Tuanku pulang ke Brunei semalam selepas menerima rawatan. Baginda berkongsi bahawa sebagai individu yang berpengalaman dengan hospital-hospital terbaik dunia, baginda amat berpuas hati dengan tahap perkhidmatan dan kecemerlangan pakar perubatan kita di IJN,” katanya.
Tambah Anwar, pujian itu menjadi pengiktirafan penting terhadap kekuatan sektor kesihatan negara, meskipun sering dikritik dalam pelbagai sudut.
“Saya tidak menolak kritikan, tetapi kita juga perlu mengiktiraf kelebihan yang kita miliki. Pengiktirafan seperti ini seharusnya menjadi dorongan untuk kita terus memperbaiki mutu perkhidmatan,” ujarnya.
Sultan Hassanal Bolkiah, 78, berada di Malaysia sejak 25 Mei lalu sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46. Baginda berehat di IJN bermula 27 Mei kerana mengalami keletihan, dan dibenarkan keluar hospital pada 3 Jun.
Dalam perkembangan lain, Anwar turut memaklumkan bahawa lawatan rasmi sulung Presiden Guinea-Bissau, Umaro Sissoco Embalo, ke Malaysia adalah satu pengiktirafan antarabangsa terhadap kemajuan negara.
Katanya, Presiden Embalo menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama kerana melihat Malaysia sebagai negara yang sedang meningkat maju dan memiliki potensi besar. – Media Telus
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
