Berita Berita
Ibu, teman lelaki ditahan, disyaki abaikan dua anak perempuan di Puchong
KUALA LUMPUR 6 Jun - Seorang wanita bersama teman lelakinya ditahan polis selepas dipercayai mengabaikan dua anak perempuannya yang masing-masing berusia empat dan 16 tahun, dalam kejadian di sebuah rumah di Puchong, Subang Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihak polis menerima maklumat mengenai kes itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekitar jam 12.43 tengah hari.
"Hasil siasatan mendapati suspek wanita berusia 37 tahun tinggal bersama teman lelakinya yang berumur 42 tahun serta dua anaknya di rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, saringan awal air kencing mendapati teman lelaki suspek positif dadah dan turut mempunyai lapan rekod jenayah berkaitan kesalahan narkotik.
"Bagaimanapun, keputusan ujian air kencing terhadap wanita itu adalah negatif," katanya.
Dalam pada itu, polis telah merakam keterangan daripada lima orang saksi, termasuk individu yang mengenali keluarga terbabit, bagi membantu siasatan lanjut.
Kedua-dua suspek kini direman selama enam hari bermula kelmarin hingga 10 Jun ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
