Berita Berita
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika petik buah mangga atas pokok
PAPAR 9 Jun – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika berada di atas pokok mangga dalam kejadian di Kampung Bambangan, hari ini.
Mangsa, dikenali sebagai Ahajah Abdul Musa, berusia 42 tahun, difahamkan sedang menggunakan galah besi untuk menjolok buah di hujung dahan pokok sebelum alat itu terkena kabel elektrik berhampiran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Penolong Penguasa Bomba Rozlan Osman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.01 petang.
"Setiba di lokasi, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas pokok mangga, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik," katanya.
Katanya, pasukan bomba bertindak menurunkan mangsa menggunakan tangga serta tali penyelamat selepas bekalan elektrik diputuskan oleh Sabah Electricity.
"Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di tempat kejadian," katanya.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.29 petang.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
