Berita Berita
Perkukuh keselamatan di tempat kerja, 10,000 pekerja bakal dilatih kemahiran menyelamat nyawa – Steven Sim
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
GENEVA, 12 Jun – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) hari ini mengumumkan pelancaran inisiatif khas bagi melatih seramai 10,000 pekerja di Malaysia dengan kemahiran asas pertolongan cemas, sebagai langkah memperkukuh keselamatan dan kesiapsiagaan di tempat kerja.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, membuat pengumuman tersebut semasa lawatan rasmi ke ibu pejabat Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) di Geneva.
Program latihan ini dimeterai melalui kerjasama strategik antara KESUMA, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dan IFRC, serta akan dilaksanakan melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) (HRD Corp) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).
Menurut Steven, latihan itu akan memberi tumpuan kepada sektor berisiko tinggi seperti pembuatan dan industri utama, di mana kemahiran menyelamat nyawa sangat diperlukan.
"Program dikenali sebagai Kursus Pertolongan Cemas di Tempat Kerja ini bukan sekadar memberi latihan teknikal, tetapi juga bertujuan membudayakan keselamatan di tempat kerja dan menyokong pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
“Kerjasama ini bukan sekadar latihan, sebaliknya menjadi usaha memperkasa rakyat Malaysia untuk menyelamatkan nyawa. Kita mahu sampaikan mesej jelas iaitu keselamatan di tempat kerja bukan pilihan, ia satu keutamaan,” katanya yang juga Penaung PBSMM Pulau Pinang.
Pengumuman inisiatif penting ini turut disaksikan oleh DYTM Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Pengerusi PBSMM; Kate Forbes, Presiden IFRC; serta Setiausaha Agung IFRC, Jagan Chapagain.
Kehadiran mereka turut mencerminkan pengiktirafan global terhadap pendekatan Malaysia yang proaktif dalam keselamatan pekerjaan.
Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan KESUMA untuk membentuk tenaga kerja yang lebih bersedia, selamat dan tahan lasak menghadapi sebarang cabaran masa depan. - Media Telus
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
