Berita Berita
Latihan jangka pendek mampu lahirkan tenaga kerja berkualiti – Steven Sim
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KLANG, 16 Jun – Latihan kemahiran jangka pendek kini diiktiraf sebagai antara kaedah berkesan dalam melahirkan pekerja yang lebih berkualiti dan berdaya saing, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.
Berucap pada program National Training Week (NTW) 2025: Logistics Unboxed – Empowering Workforce Beyond Borders di Wyndham Acmar Hotel, Klang, beliau berkata kajian mendapati lebih 35 peratus majikan kini mengiktiraf kursus jangka pendek sebagai petunjuk kebolehan calon pekerja iaitu jauh melebihi purata global iaitu sekitar 14 peratus.
“Kesuma mahu meningkatkan lagi angka ini. Kita mahu latihan kemahiran jadi budaya, jadi arus perdana. Sebab untuk tingkatkan produktiviti, kita perlu tingkatkan kemahiran,” katanya.
Beliau menegaskan, hubungan antara keuntungan majikan dan tuntutan gaji lebih tinggi oleh pekerja hanya boleh diseimbangkan melalui peningkatan produktiviti – dan kuncinya ialah latihan kemahiran yang berterusan dan berkesan.
Menurut beliau, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia memperuntukkan RM10 bilion setahun bagi tujuan pendidikan dan latihan kemahiran.
NTW 2025 sendiri mencatat kejayaan luar biasa apabila lebih dua juta rakyat Malaysia menyertai lebih 70,000 kursus latihan percuma dalam tempoh seminggu sahaja – menggandakan sasaran asal sebanyak sejuta peserta.
“Kita mahu rakyat terbiasa dengan latihan kemahiran. Kita mahu rakyat biasa rasa biasa dengan belajar kemahiran baharu,” katanya lagi.
Mengulas sektor logistik, beliau menyifatkan ia sebagai sistem peredaran darah masyarakat moden yang mana pekerjanya sering tidak kelihatan tetapi memainkan peranan kritikal dalam memastikan kelangsungan ekonomi negara.
“Tugas mereka seperti magik – kita tekan butang beli, tiba-tiba barang sampai ke depan rumah. Tapi di sebalik magik itu, ada ratusan ribu pekerja logistik yang bekerja siang dan malam,” ujarnya.
Setakat 2023, lebih 753,000 pekerja terlibat dalam industri logistik negara, termasuk lebih 200,000 pekerja gig seperti pemandu dan penghantar makanan yang kini dalam perancangan kerajaan untuk dilindungi di bawah Akta Pekerja Gig.
Dalam program yang turut disokong oleh Infinity Logistics dan Kementerian Pengangkutan itu, Steven turut menghargai usaha syarikat yang tidak hanya menumpukan kepada keuntungan sendiri, tetapi tampil sebagai peneraju dalam memperkasa keseluruhan industri menerusi kerjasama dengan pihak kerajaan.
“Dengan menyediakan latihan kemahiran kepada pekerja dalam sektor ini, kita sedang bersedia untuk mencegah satu lagi krisis ‘tersumbat’ dalam rantaian bekalan seperti semasa pandemik COVID-19,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada semua pekerja logistik atas sumbangan mereka dalam terus menggerakkan Malaysia ke hadapan. - Media Telus
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
