TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

SPRM tahan pengarah kewangan PBT lantik isteri urus pelaburan guna dana awam RM50 juta

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Seorang pengarah jabatanSPRM tahan pengarah kewangan PBT guna dana awam untuk pelaburan RM50 juta atas nama isteri kewangan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melaburkan dana awam dan amanah berjumlah kira-kira RM50 juta.

Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 1 tengah hari ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Melaka.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan kesalahan itu antara tahun 2020 hingga 2023 dengan melantik isterinya sendiri, yang bekerja di sebuah bank, sebagai ejen pelaburan bagi menguruskan pelaburan saham membabitkan jumlah puluhan juta ringgit tersebut.

“Suspek juga dipercayai telah menggunakan dana wang awam dan wang amanah tanpa mendapatkan kelulusan pegawai pengawal kewangan,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, iaitu berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok bagi tujuan permohonan reman,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Seksyen 23 Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan jika sabit kesalahan.

+ - reset