Berita Berita
Salah laku pegawai, anggota polis Kelantan meningkat hampir 100 peratus
KOTA BHARU 18 Jun - Polis Kelantan merekodkan sebanyak 30 Kertas Siasatan Tatatertib (KST) membabitkan salah laku anggota dan pegawainya dari Januari hingga Mei tahun ini, meningkat hampir dua kali ganda berbanding hanya 18 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, peningkatan itu turut melibatkan Kertas Enkuiri Tatatertib (KET) yang melonjak kepada 11 kes, berbanding hanya satu kes pada tahun sebelumnya.
“Berdasarkan data Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Kontinjen Kelantan mencatatkan peningkatan ketara.
“Trend itu amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak,” katanya dalam laporan Kosmo Online.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.
Menurut beliau, antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk penyalahgunaan dadah, pengambilan ketum, dan pelbagai pelanggaran tatakelakuan lain yang boleh menjejaskan imej pasukan keselamatan.
Mohd. Yusoff menegaskan, semua kes yang dilaporkan akan disiasat secara telus mengikut lunas undang-undang serta prosedur tatatertib yang ditetapkan.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
