Berita Berita
'Mohon campur tangan PM hidupkan semula usul GEG bendung ketagihan vape, dadah' - Dr Akmal
PUTRAJAYA 19 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran agar mempertimbang semula pelaksanaan usul Generation End Game (GEG) yang pernah dibawa Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini, bagi membendung gejala ketagihan vape dan dadah dalam kalangan generasi muda.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, penguatkuasaan undang-undang melarang individu lahir selepas 2007 daripada membeli, memiliki atau menggunakan rokok dan vape sepatutnya diteruskan sebagai langkah jangka panjang melindungi kesihatan awam.
“Kita konsisten dari dahulu lagi menyokong GEG bagi memastikan generasi mendatang dapat dikawal daripada ketagihan dadah dan vape,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.
Menurut beliau, keputusan kerajaan menggugurkan vape daripada Akta Racun 1952 telah membuka ruang kepada penjualan secara terbuka dan tanpa kawalan, yang kini menjadi antara penyumbang utama kepada peningkatan kes ketagihan dalam kalangan remaja.
“Sayangnya, GEG tidak dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat. Malah, apabila vape dikeluarkan daripada Akta Racun, tiada undang-undang mengawal penggunaannya secara efektif,” tegasnya.
Semalam, Perdana Menteri menegaskan keperluan membincangkan isu penularan dadah dan rokok elektronik dalam kalangan anak muda secara serius, serta merangka penyelesaian tuntas bagi menangani masalah itu yang semakin membimbangkan.
Susulan kenyataan tersebut, Muhamad Akmal menggesa campur tangan Anwar agar usul berkaitan GEG dapat dihidupkan semula dan dibentangkan semula di Parlimen.
“Kita mohon campur tangan Perdana Menteri untuk memastikan GEG ini dibawa semula demi kesejahteraan generasi akan datang,” katanya.
Terdahulu, empat peruntukan utama berkaitan larangan ke atas individu lahir selepas 1 Januari 2007 telah digugurkan daripada Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentangkan November tahun lalu.
Perkara tersebut merangkumi larangan penjualan dan penggunaan produk tembakau dan vape, termasuk larangan merokok produk pengganti tembakau dalam kalangan generasi berkenaan. - Media Telus
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
