Berita Berita
Dicekik, dibaling batu, dicucuk dengan jarum, budak 6 tahun dipercayai jadi mangsa dera ibu kandung, bapa tiri
KANGAR 25 Jun - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan bapa tiri, termasuk dibaling batu di dada serta dicucuk jarum di lengan, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata penderitaan kanak-kanak itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada datuknya ketika dihantar pulang ke rumah datuk dan neneknya di sekitar Simpang Empat.
"Mangsa mendakwa dipukul dan didera oleh ibu serta bapa tirinya ketika berada di rumah ibunya di Simpang Empat. Kanak-kanak itu turut mendakwa dicubit pada paha kanan, ditampar di kepala, dibaling batu hingga terkena dada kiri, dicucuk dengan jarum pada lengan kiri serta dicekik oleh bapa tiri dan ibunya.
"Kejadian membuatkan mangsa trauma dan tidak mahu pulang ke rumah ibunya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut beliau, datuk mangsa membawa kanak-kanak itu ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk pemeriksaan lanjut sebelum membuat laporan polis.
"Hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada kesan lebam atau bengkak di mana-mana anggota badan mangsa kecuali kesan satu cucukan akibat jarum atau benda tajam kecil pada lengan kiri mangsa. Mangsa kini menjalani pemeriksaan lanjut di HTF dan dijaga oleh datuk serta neneknya," katanya.
Polis menahan kedua-dua suspek kira-kira jam 11 malam tadi di Kampung Dato Ahmad Musa, Simpang Empat.
"Mereka direman mulai hari ini sehingga 27 Jun ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
