Berita Berita
Tempoh khidmat Ahmad Shabery sebagai Pengerusi Felda tamat berkuat kuasa semalam

KUALA LUMPUR 1 Julai – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengumumkan bahawa tempoh kontrak Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi Felda telah tamat berkuat kuasa semalam.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Felda, beliau menamatkan tugasan terakhirnya dengan mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Felda, semalam.
"Sepanjang dua tahun menerajui Felda, beliau telah memainkan peranan besar dalam memperkukuh semula ekosistem antara Felda dan anak syarikat, terutama dalam mempercepat penyahsenaraian FGV Holdings Berhad sekali gus mengembalikan keyakinan rakan strategik serta mempertingkatkan imej dan prestij Felda.
"Pendekatan beliau diterjemahkan melalui gagasan 'Segalanya Felda' yang kini menjadi teras penyatuan organisasi dan komuniti," jelas kenyataan itu lagi.
Felda turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa, bakti dan kepimpinan yang telah diberikan oleh Ahmad Shabery sepanjang memegang jawatan berkenaan.
Ahmad Shabery dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Julai 2023. - Media Telus
Berita berkaitan
July 1, 2025, 2:43 pm
Peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar IPT cetus kebimbangan KKM
July 1, 2025, 1:55 pm
Anwar puji Aerotrain baharu di KLIA lebih laju dari dahulu, selesa
July 1, 2025, 1:24 pm
Hukuman mati bekas doktor tentera kekal, 3 lagi dibebaskan kes bunuh Kevin Morais
July 1, 2025, 1:19 pm
‘Abang Bomba Sado’ gegar dunia, rangkul 3 pingat Emas di Birmingham
July 1, 2025, 1:12 pm
Guru hilang hampir RM900,000 dalam tempoh 3 minggu tertipu scammer menyamar polis
July 1, 2025, 1:01 pm
Kes demam denggi di Selangor menurun, hanya 398 kes dicatatkan minggu lalu
July 1, 2025, 12:48 pm