Berita Jenayah
Kertas siasatan pendakwah sebar video intim dirujuk ke pendakwa raya minggu ini
KUALA LUMPUR 14 Julai – Kertas siasatan melibatkan seorang pendakwah bebas yang disyaki menyebarkan video intim melibatkan isterinya dan beberapa wanita lain akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam minggu ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, pada 8 Julai lalu, beliau memaklumkan siasatan masih berjalan dan akan dirujuk sebaik sahaja lengkap. Setakat ini, polis telah merekodkan keterangan daripada lima orang saksi berkaitan kes berkenaan.
Suspek ditahan pada 5 Julai lalu selepas isterinya yang juga isteri kedua membuat laporan polis pada 16 Jun, mendakwa lelaki berkenaan telah berkongsi video eksplisit yang melibatkan dirinya dan isteri-isteri lain.
Susulan tangkapan tersebut, pihak polis turut merampas dua telefon bimbit serta sebuah komputer riba milik suspek untuk membantu siasatan.
Terdahulu, pada 6 Julai, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin memaklumkan bahawa pihaknya telah membatalkan tauliah mengajar pendakwah tersebut atas penglibatan dalam aktiviti yang mencurigakan sejak tahun 2022.
Tambah beliau, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut pernah menahan individu terbabit pada September 2024 atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah sah. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
