Berita Jenayah
Dua remaja dikurung, didera secara seksual, dipaksa makan cili, polis tumpas sindiket penipuan kerja di Johor
JOHOR BAHRU, 14 Julai — Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiket jenayah yang terlibat dalam kegiatan pemerasan seksual dan penipuan dalam talian menerusi beberapa siri serbuan di sekitar Kulai dan Johor Bahru baru-baru ini.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, operasi bersepadu yang dijalankan antara 20 Jun hingga 1 Julai itu berjaya menahan sembilan individu tempatan, terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita berusia antara 17 hingga 59 tahun.
“Dalam serbuan yang dilaksanakan Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kulai dan Johor Bahru Selatan, polis turut berjaya menyelamatkan dua remaja lelaki dan perempuan berusia 15 dan 16 tahun yang menjadi mangsa eksploitasi kerja paksa dan penderaan seksual,” katanya pada sidang media di IPK Johor hari ini.
Mengulas modus operandi sindiket itu, Kumar berkata mereka dipercayai mula aktif sejak November 2024 dengan menyamar sebagai wanita cantik melalui akaun media sosial palsu untuk memerangkap mangsa.
“Sindiket akan memaksa mangsa melakukan panggilan video lucah dan pada masa sama menghantar pautan ‘phishing’ untuk menggodam telefon bimbit mangsa, sebelum menggunakan rakaman video tersebut untuk memeras wang secara berperingkat,” katanya.
Tambah beliau, mangsa yang ketakutan akan diarahkan membuat pemindahan wang ke akaun sindiket.
Dalam operasi itu, pelbagai barangan dirampas termasuk 27 telefon bimbit, komputer riba, dokumen pengenalan diri, tiket penerbangan, resit tukaran wang, wang tunai dalam mata wang tempatan dan asing, 49 kad SIM, modem internet, buku catatan serta sebuah kenderaan.
Lebih mengejutkan, siasatan mendapati sindiket berkenaan mempunyai rangkaian di Laos dan Thailand serta aktif merekrut pekerja tempatan termasuk remaja bawah umur dengan tawaran gaji lumayan.
“Mereka dijanjikan pekerjaan di luar negara dengan gaji mencecah RM10,000, namun akhirnya menjadi mangsa penderaan. Dua remaja yang berjaya diselamatkan dipaksa makan cili, dipukul, dibogelkan serta mengalami penderaan seksual yang dirakam untuk ugutan,” katanya dalam laporan Sinar Harian.
Beliau turut mendedahkan kedua-dua remaja itu turut diugut membayar RM30,000 sekiranya mahu dilepaskan dan dirancang untuk dihantar ke Van Pak Len, Laos.
Kes kini disiasat di bawah pelbagai peruntukan undang-undang termasuk Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
