Berita Jenayah
Lelaki Bangla didakwa cabul kehormatan jururawat di Hospital Melaka
MELAKA 14 Julai – Seorang tukang cuci warga Bangladesh hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang jururawat wanita dalam kejadian bulan lalu.
Dalam laporan Kosmo Online, tertuduh, Bokhari Abu Boshir Mohammad, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Sheinha Mohd. Suleiman.
Mengikut pertuduhan, Bokhari didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 33 tahun dengan niat mencabul kehormatannya di Dewan Bedah 4, Hospital Melaka, Melaka Tengah kira-kira jam 8.30 malam pada 9 Jun lalu.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda atau disebat atau mana-mana dua daripada hukuman di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdullah Mohd. Rodzlad sebelum itu mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM20,000 berserta syarat tambahan.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar jaminan dikurangkan dengan alasan dia merupakan penanggung tunggal keluarga dan menyara tujuh adik-beradiknya di Bangladesh.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan dua penjamin tempatan yang menetap di Melaka.
Tertuduh turut diarahkan mematuhi syarat tambahan termasuk melapor diri setiap bulan di Balai Polis Bukit Baru, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta dilarang mengganggu mangsa.
Kes akan disebut semula pada 18 Julai ini untuk serahan dokumen dan sebutan lanjut.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
