Berita Jenayah
Dah seminggu tak makan ubat, lelaki sakit mental samun kedai, cederakan penduduk di Alor Gajah
ALOR GAJAH 15 Julai – Seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam beberapa insiden jenayah termasuk mencederakan orang awam dan menyamun sebuah kedai serbaneka, hari ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek berusia 40 tahun dan masih bujang itu diberkas sekitar pukul 11.15 pagi tadi di kawasan Kelemak.
Menurut beliau, siasatan mendapati laporan pertama mengenai suspek diterima pada pukul 11.39 malam semalam, apabila dia dilaporkan melakukan ugutan jenayah di sebuah pasar mini di Taman Mutiara.
“Pukul 3.53 pagi pula, suspek didakwa mencederakan seorang penunggang motosikal dengan menggunakan pisau di tepi jalan berhampiran stesen pam minyak Caltex Kelemak.
“Sebelum itu, dia juga membaling batu ke arah pintu cermin stesen minyak berkenaan selain mengacukan pisau kepada petugas kaunter,” katanya menurut laporan Kosmo Online, di sini.
Ashari menambah, pada pukul 4 pagi, suspek kemudiannya melakukan ugutan jenayah bersenjatakan parang serta samun di sebuah kedai serbaneka di pekan Alor Gajah.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengalami masalah mental dan tinggal bersama keluarga, namun dia tidak mengambil ubat sejak seminggu lalu.
“Dia juga mempunyai 12 rekod jenayah lampau iaitu enam kes jenayah dan enam lagi berkaitan dadah. Ketika ditahan, ujian saringan awal mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 392/394/506 Kanun Keseksaan dan satu lagi kes diklasifikasikan sebagai ROR (Refer Other Report).
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
