Berita Jenayah
Perselisihan faham jadi punca wanita dikelar bekas teman lelaki
SUBANG JAYA 15 Julai – Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang pelajar wanita warga asing cedera parah selepas dikelar di leher oleh bekas teman lelakinya dalam kejadian di sebuah universiti swasta di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata siasatan awal mendapati suspek berang terhadap mangsa yang didakwa membuat kenyataan tidak benar kononnya dia menghalang wanita itu daripada keluar rumah.
“Suspek dipercayai marah kerana berasa dikhianati selepas mengetahui kenyataan tersebut. Namun siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azlan memaklumkan bahawa suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan, manakala jumlah saksi yang akan dipanggil masih dalam tindakan pegawai penyiasat.
Katanya, mangsa kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan keadaannya dilaporkan stabil.
Difahamkan, mangsa yang berusia 20 tahun merupakan pelajar universiti terbabit manakala suspek adalah rakan sekampusnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau objek berbahaya. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
