Berita Jenayah
Lelaki amuk ketika operasi roboh DBKL ditahan polis
KUALA LUMPUR 15 Julai – Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis selepas mengamuk dengan memegang parang dan bertindak agresif terhadap anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu operasi meroboh struktur haram di Desa Pandan, pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, insiden berlaku sekitar jam 11.17 pagi ketika operasi bersepadu dijalankan oleh DBKL bersama polis, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).
“Suspek datang ke lokasi sambil memegang sebilah parang panjang dan melibas ke arah anggota penguat kuasa DBKL sambil menghamburkan kata-kata kesat. Bagaimanapun, dia berjaya ditenangkan oleh beberapa orang awam yang berada di kawasan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, parang tersebut telah dirampas di lokasi kejadian dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam bagi menghalang tugas rasmi.
“Polis menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil menghubungi Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau IPD Wangsa Maju di talian 03-9281 0715,” tambah beliau. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
