Berita Jenayah
Guru mengaji dipenjara 26 tahun, 5 sebatan mengaku bersalah rogol budak 11 tahun dua hari berturut-turut
LAHAD DATU 15 Julai - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 26 tahun dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku salah dua pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan bawah umur Ogos tahun lalu.
Dalam laporan Berita Harian, keputusan dibuat Hakim Suhailla Selaq selepas tertuduh, Basry Asang, 49, membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan pilihan.
Tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berumur 11 tahun 11 bulan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Segama Lahad Datu, antara jam 1 tengah hari hingga jam 3 petang, pada 18 Ogos 2024.
Tertuduh yang juga seorang guru mengaji didakwa mengulangi perbuatan sama di lokasi dan waktu sama pada keesokan harinya.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala hukuman penjara untuk tempoh sama dan tiga sebatan bagi pertuduhan kedua.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Ng Juhn Tao memohon hukuman berat mengambil kira kesalahan serius tertuduh yang tidak berperikemanusiaan terhadap hak privasi dan kesucian, selain mencemar maruah serta harga diri serta meninggalkan kesan trauma mendalam kepada mangsa.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan bermula tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 20 Ogos 2024.
Tertuduh juga dikehendaki mengikuti kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan selain menjalani perintah pengawasan polis dalam tempoh dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
