Berita Jenayah
Pesara tentera didakwa rogol anak darjah 6 hingga hamil, mohon ikat jamin nak sara enam anak
IPOH 16 Julai - Seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan termasuk merogol serta amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 12 tahun hingga hamil.
Dalam laporaan Berita Harian, tertuduh, 45, membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim, Jean Sharmila Jesudason satu pertuduhan merogol dan dua pertuduhan amang seksual.
Tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun sembilan bulan yang mana perhubungan antara tertuduh dan mangsa adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat, atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh terhadap mangsa yang juga anak ketiga daripada enam beradik kira-kira jam 11.30 malam pertengahan Disember lalu di bilik utama sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Batu Gajah.
Bagi dua pertuduhan amang seksual, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu secara fizikal dengan cara bagi maksud seksual terhadap mangsa yang sama yang mana tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu sebagai bapa kandung.
Kedua-dua perbuatan amang seksual fizikal itu juga dilakukan di lokasi yang sama sebagaimana pertuduhan merogol mangsa iaitu di sebuah taman perumahan di Batu Gajah.
Bagi pertuduhan merogol, ia dibaca mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan manakala bagi pertuduhan amang seksual, ia dibaca mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum mengikut seksyen dan akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 16(a) Akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu'aini Khalifah manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Farhan Ahmad Fadzil.
Pendakwaan tidak menawarkan jaminan memandangkan tertuduh tinggal serumah bersama mangsa, namun memohon jaminan RM30,000 dikenakan sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh dijamin.
Jika mahkamah membenarkan jaminan, pendakwan turut memohon syarat tambahan dikenakan iaitu tertuduh tidak mengganggu serta mendekati mangsa dan saksi selain melapor diri ke balai polis pada setiap awal bulan sehingga kes selesai.
Muhammad Farhan memohon jaminan rendah memandangkan tertuduh yang memperoleh pencen RM1,800 sebulan sebagai bekas tentera, adalah penanggung tunggal nafkah keluarga memandangkan isterinya tidak bekerja selain perlu menyara keenam-enam anak yang masih bersekolah.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM21,000 dengan seorang penjamin warga tempatan, berserta syarat tambahan tidak mengganggu dan mendekati mangsa serta saksi dan melapor diri ke balai polis sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan tarikh 18 Ogos depan untuk sebutan semula kes.
Difahamkan, mangsa yang masih bersekolah hamil enam bulan.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
