Berita Jenayah
Polis tumpas Geng Roni, sindiket seludup migran di Setapak
KUALA LUMPUR 16 Julai – Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran dikenali sebagai Geng Roni yang dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu, menerusi serbuan di sebuah apartmen di Setapak malam tadi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata seramai 12 individu ditahan dalam operasi berkenaan.
Menurutnya, tangkapan membabitkan lapan warga Indonesia dan empat warga Bangladesh, termasuk tiga wanita.
“Premis yang diserbu merupakan sebuah homestay yang dijadikan rumah penampungan sementara sebelum migran dibawa ke persisir pantai oleh tekong darat untuk dihantar ke Indonesia melalui laluan tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Empat daripada warga Indonesia yang ditahan berperanan sebagai ejen, penjaga rumah dan pengurus perjalanan (transporter), manakala selebihnya adalah migran yang menggunakan khidmat sindiket terbabit.
Tambahnya, sindiket itu menjalankan operasi dengan mempromosikan perkhidmatan mereka melalui media sosial, mengenakan bayaran antara RM1,000 hingga RM1,700 bagi setiap migran.
“Tekong darat akan menguruskan penghantaran dari rumah penampungan sehingga ke lokasi pelepasan di persisir pantai,” jelasnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket lain yang mungkin terlibat. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
