Berita Jenayah
Polis sahkan adegan bogel dalam program motivasi eHati
SHAH ALAM 16 Julai – Polis mengesahkan wujud adegan bogel dalam program motivasi rumah tangga anjuran eHati yang diadakan di sebuah pusat konvensyen di sini pada September lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan mendapati adegan itu adalah sebahagian daripada acara khas program berkenaan yang dinamakan Queens Night.
“Hasil siasatan mendapati memang berlaku aktiviti berbogel melibatkan kira-kira empat individu.
“Acara Queens Night ini berunsur lucah dan tidak bermoral, termasuk aktiviti yang dipanggil Rebirth kononnya bagi menaikkan motivasi diri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.
Beliau memaklumkan, terdapat dua pakej ditawarkan kepada peserta, iaitu pakej A bernilai RM6,000 dan pakej B bernilai RM9,000.
“Pakej B dipercayai berakhir dengan acara Queens Night, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan,” katanya.
Menurutnya lagi, program itu dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta dan melibatkan fasilitator serta peserta tertentu yang kini sedang dikenal pasti.
“Setakat ini, tiada sebarang rakaman video atau gambar acara Queens Night yang ditemui.
“Hanya wanita dipercayai terlibat secara langsung dalam acara ini, namun siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat kehadiran lelaki,” katanya.
Hussein berkata, pihak polis turut merampas beberapa cecair yang digunakan semasa program tersebut.
“Cecair berkenaan dipercayai digunakan sebagai minuman dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi pemeriksaan sama ada mengandungi dadah atau bahan terlarang lain.
“Selain Seksyen 294, siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya.
Terdahulu, enam individu termasuk pasangan suami isteri pengasas program eHati serta seorang anak mereka direman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan bagi membantu siasatan kes mengaibkan seseorang, berkelakuan tidak senonoh dan melakukan kesalahan kecil.
Majistret Ameera Mastura Khamis membenarkan permohonan reman yang dibuat pihak polis.
– Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
