Berita Jenayah
Penggali kubur didakwa cium leher, muka budak lelaki 9 tahun dalam tandas wanita
TAIPING 17 Julai - Seorang penggali kubur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual ke atas kanak-kanak lelaki pada Jumaat lalu.
Dalam laporan Berita Harian, tertuduh, Muhammed Syahril Reza Omar, 43, yang juga duda anak tiga bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim dan meminta dibicarakan.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dengan cara mencium muka dan leher kanak-kanak itu bagi maksud seksual di dalam tandas wanita di Masjid Jamek Taman Yayasan, Kamunting, pada kira-kira jam 12.30 tengah hari 11 Julai lalu.
Tindakan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Asisten Superintendan Shabani Bahari, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Syed Saifullizan Syed Abd Razak.
Shabani menawarkan jaminan RM30,000 berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu, menghubungi dan mendekati mangsa itu yang tiada hubungan kekeluargaan dengan tertuduh, selain melapor diri ke balai polis setiap bulan.
Syed Saifullizan kemudian memohon jaminan rendah atas faktor tertuduh hanya memperoleh pendapatan RM400 sebulan melalui elaun sebagai penggali kubur, selain tertuduh seorang duda menyara tiga anak berusia 19, 14, dan lapan tahun.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan serta menetapkan 19 Ogos sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes termasuk lantikan peguam.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
