Berita Jenayah
Kontraktor ditemukan maut berlumuran darah di Dungun
DUNGUN 18 Julai – Seorang lelaki dipercayai bekerja sebagai kontraktor ditemukan maut dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berhampiran tapak pembinaan perumahan Taman Madani, di sini, lewat petang semalam.
Mangsa, yang dianggarkan berusia lingkungan 40-an, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher dan pergelangan tangan kirinya, kira-kira jam 3.15 petang.
Mayatnya ditemukan terbaring di atas tanah bersebelahan pintu penumpang hadapan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian menemukan sebilah pisau pemotong kertas berhampiran mayat mangsa.
“Beberapa kesan kelar ditemukan di tubuh mangsa dan siasatan forensik sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian serta sebarang kemungkinan unsur jenayah.
“Difahamkan, identiti mangsa dikenal pasti sebagai seorang lelaki berasal dari Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
