Berita Jenayah
Tangkapan baharu libatkan pempengaruh, pengasas kosmetik bakal menyusul - Polis Kelantan
KOTA BHARU 18 Julai – Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi beberapa pempengaruh media sosial dan pengasas produk kosmetik dari negeri ini yang disyaki terbabit dalam aktiviti berkaitan dadah.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang terbukti bersalah, tanpa mengira latar belakang atau populariti mereka.
“Beberapa pempengaruh media sosial dan pengasas kosmetik dari negeri ini masih berada di bawah pemantauan polis. Insya-Allah, akan ada tangkapan baharu tidak lama lagi.
“Mereka yang terbabit dalam kegiatan dadah ini akan kami kesan satu demi satu. Kita bukan hanya lihat kepada tokoh awam, tetapi juga pengedar dan dalang utama tidak akan terlepas,” katanya.
Amaran itu hadir susulan tindakan agresif pihak berkuasa yang telah melancarkan beberapa operasi berimpak tinggi sejak awal tahun ini, termasuk Ops Taring Wawasan, yang menyasarkan rangkaian sindiket dadah di Kelantan.
Antara kejayaan operasi itu termasuk rampasan dadah dalam kuantiti besar seperti syabu, pil ekstasi dan daun ketum. Pihak polis juga berjaya menggagalkan beberapa cubaan penyeludupan dadah merentasi sempadan Malaysia-Thailand, termasuk menggunakan kaedah kreatif seperti menyembunyikan dadah dalam daging sejuk beku serta kandang ternakan.
Sementara itu, sumber memaklumkan beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah telah melarikan diri ke negeri lain selepas merasai tekanan daripada siri serbuan besar-besaran oleh pihak polis.
Difahamkan kumpulan ini dipercayai berpangkalan di daerah berhampiran sempadan Kelantan-Thailand.
Polis Kelantan menegaskan komitmen mereka untuk terus membanteras jenayah dadah tanpa kompromi demi keselamatan rakyat dan negeri. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
