Berita Jenayah
Pertuduhan lelaki Pakistan didakwa liwat, cabul budak, remaja tangguh 23 Julai, tertuduh tak faham bahasa Melayu, Inggeris
SHAH ALAM 18 Julai — Prosiding pertuduhan terhadap seorang lelaki warga Pakistan yang disyaki meliwat dan mencabul tiga kanak-kanak serta seorang remaja di sekitar Seksyen 27 dan Seksyen 28 di sini, ditangguhkan ke 23 Julai ini selepas mahkamah membenarkan permohonan suspek supaya pertuduhan dibacakan dalam bahasa Urdu.
Tertuduh berusia 24 tahun itu membuat permohonan selepas memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau tidak memahami bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Sehubungan itu, mahkamah memutuskan untuk menangguhkan pertuduhan ke tarikh berkenaan sementara menunggu jurubahasa bahasa Urdu disediakan.
Mengikut jadual asal, lelaki tersebut dijadualkan berdepan empat pertuduhan di dua Mahkamah Sesyen berasingan, selain satu pertuduhan di Mahkamah Majistret berkaitan kesalahan tinggal melebihi tempoh masa yang ditetapkan.
Bagi pertuduhan di Mahkamah Majistret, sebutan semula kes dengan kehadiran jurubahasa ditetapkan pada 1 Ogos depan.
Kes disebut di hadapan Hakim Norazlin Othman dan Hakim Rasyihah Ghazali bagi Mahkamah Sesyen, manakala Majistret Ameera Mastura Khamis mendengar prosiding di Mahkamah Majistret.
Pendakwaan di Mahkamah Sesyen dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin dan Roshaira Rosli, manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurul Akhilah Rosmi mengendalikan kes di Mahkamah Majistret.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dilaporkan berkata suspek ditahan pada 8 Julai lalu di kawasan Durian Burung, Kuala Nerang, Kedah ketika cuba melarikan diri ke negara jiran.
Suspek disyaki terbabit dalam empat siri kejadian liwat dan amang seksual terhadap mangsa lelaki berusia sembilan, 13, 14 dan 19 tahun di sekitar Seksyen 27 dan Seksyen 28, Shah Alam.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
